Gunung Kinabalu. Gunung yang sangat gah. Bila fikir-fikir balik, seyes wei tak percaya. It happened about 9 years ago. Ive nailed the Low’s peak. Unbelivable. But that was the truth.
Ok rewind balik how was ive been given this unbelievable chance. That time i joined one of Rakan Muda program at Port Dickson. Kind of motivation camp kot. Then they offered nak tak pergi hiking Gunung Kinabalu and join program anak angkat kat Tawau. Bayar RM 400 ja. Lain semua Rakan Muda tanggung. Gila kauuu ada ke yang tak nak pergi. Hahhaha
Tapi dalam hati ada juga rasa cuak. Gunung Kinabalu beb. Tawakal je la. Walaupun aku orang yang aktif, tp honestly aku x pernah hiking gunung b4 tu. Gunung Kinabalu was my first mountain trip. Semula la first time. Naik kapal terbang and pergi Berneo juga.
Sampailah hari yang ditunggu2, lepas sampai dari airport, kami terus ke UMS. Cantik wei UMS. Nampak view banjaran Crocker, ada laut. Ya Allah bestnya. Best sangat. Masa tu sem break. So almost kosong UMS tu. Malam tu kami tidur di hostel ums ja. Takut juga kalau2 ada anjing masa hostel sebab banyak anjing juga di sana.
Traning yg sekadar jogging acuh x acuh tu aku x ingat bila sebenarnya. Hari tu juga atau esoknya. Hahhaha. Memang gila wei nak naik gunung kinabalu tiada apa2 preparation. Memang gila.
Kami juga ada ke Pasar Filipina yang femes di KK tu. Memang banyak mutiara wei. Dari yg murah sampai ke mahal. Yg shopping ni tanggung sendirilah. Rakan Muda tak bayarkan sekali. Hahha.
Hari seterusnya, awal awal pagi dah kena get ready dah sebab mahu daki gunung sudah. Ya Allah tataw la nak kata pemandangan pagi Banjaran Crocker cantiknya macam mana. Rasa nak nangis. Yang ni memang tak boleh lupa moment tu.
Sampailah sudah kami ke Taman Negara Kinabalu. Semua permit and bayaran Rakan Muda dah setelkan dah. Tinggal mahu mendaki saja. Cantik sangat kaki gunung tu. Macam dunia yang lain. Trek dia bagi aku x berapa susah sangat. Mayb due to tourist attraction, dia banyak trek tangga yang dibuat. Radh dah meluncur laju ke depan dah. Haha. Aku, Syah n Mun masih bersama bertiga menghayati keindahan alam semulajadi. Siap nangis2 lagi sebab kepenatan. Hahha. Memang tak leh lupa. Alhamdulillah ada guide yg follow pace kami. Takut juga kalau tinggal kami bertiga je. Dahlah terpisah dengan orang depan and orang belakang.
Almost 9pm baru kami sampai ke Laban Rata. Ngantok,lapar, penat yang melampau2. I Makanan pon dah tinggal sikit dah since ramai rupanya dah sampai giler awal. Lepas je makan, carik bilik hostel. Radh n dak2 lain dah smpai. Alhamdulillah selesa bilik mandi dan katilnya.
Pukul 2am kami semua dah kena bangun untuk teruskan ke kemuncak hiking ni iaitu ke puncak Low. Serapan ada disediakan dah. Tp masing2 makan buat alas perut ja. Kalau makan ikut nafsu, mahu terbelahak masa kat atas nanti.
Memang crowded wei. Ada budak kecil pon sama hiking. Aku rasa dia around 8 ke 9 tahun. Kuat semangat budak tu. Keadaan masa tu memang gelap sangat. Just berpandukan head lamp n orang depan ja. Seyes masa tu aku tak terbayang sangat kecerunan dia. Tali semua ada sedia. Makin le atas makin sangat sejuk dan badan pon rasa macam penuh angin ja.
Aku rasa dalam 7am ke 7.30am aku dah sampai puncak. Tp rugi wei ak x ingat sangat keadaan kat puncak tu sebab sejukkkkkkzzzz sangat. Kan kalau kite dah nak kena hipotermia, kite akan trembling and fikiran pun tak ley fokus kan. Syah and Radh aku pon x ingat sangat dorang ada dengan aku tak masa tu. Masa aku smpai atas tu, ramai dah kat atas, masing2 bergambar. Aku pon x ingat ke tak ak ada bergambar ke tak. Tp mestilah adaa kan. Tuu la sayangje. Sebenarya gambar2 sabah ni aku simpan kt 1 pendrive ni, lepas tu pendrive tu hilang. Tak sempat nak mintak kar Radh gambar2 sabah yang dalam collection dia.
Tibalah masa untuk turun. Hahhahahhaha amik kauuu. Cerun gila rupanya bila suasana dah terang benderang. Ada satu area tu ya allah 90 degree. Alhamdulilah la masa naik tadi gelap. Memang kena hati2 lagi waktu turun ni. Trek after laban rata, bukan macam b4 sampai laban rata bertanah je. Sini semua berbatu. Kasut aku masa nak turun tu pun licin semacam je. Banyak kali juga mahu tergelincir.
Sampai je Laban Rata, kami terus pergi serapan. Masa ni la baru dapat nikmati makanan senikmat2nya sambil menghayati view sekeliling. Kena makan cukup2 untuk tenaga mahu hiking turun ke kaki gunung pula. Sayang pula nak tinggalkan Laban Rata. Makanan sedap dan view dia cantik sangat.
After checked out, again kite melalui trek tangga bertanah. Tp ok la. X cerun sangat. Hampir malam juga kite sampai ke bawah and bas untuk ke destinasi kami yg seterusnya iaitu tawau sudah menunggu kami dah.
Selamat tinggal Taman Negara Kinabalu & Gunung Kinabalu. Memang memori kat sini xkan dilupakan sehingga ke mati. Cume bila sejuk sangat kat puncak tu la x dapat betul2 hayati. Haha.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment