Wednesday, 29 November 2017

Shopping Bunga di Sg Buloh

Alhamdulillah, akhirnya hari ni berjaya juga aku jejakkan kaki ke syurga dunia ni. Senang je nak jumpa nurseri2 ni. Lalu NKVE, exit Hosp Sg Buloh, susur kiri dan maintain je kiri. All the way akan nampak hospital, nurseri2 yang tepi jalan, dan akan nampk signboard Kg Org Asli yg ada anak panah ke kiri. Haa terus masuk. Based on my research kat blog2 nurseri mana yang paling murah, dorang kata kat dalam Kg Org Asli tu and kat luar yang tepi jalan tuh mahal.

Once dah masuk dalam, akan nampak nurseri kiri kanan. Jalan untuk kereta keluar masuk agak sempit. So td aku drive sampai la ke hujung jalan yang ada tiang TNB tu n uturn. Then park, dan start survey setiap nurseri kat situ. Kalau boleh, lepas dah tanya harga tu catatlah. Takut lupa satg. Hehe. Dan berdasarkan survey aku tadi, nurseri2 yg kat blkg2 ni memang lagi murah compared dengan yg depan2.

Ini hasil yang aku dapat td

  1. Pokok bunga kertas (RM25)
  2. Pokok limau (RM6)
  3. Pokok melur 2 (RM6)
  4. Pokok bunga raya putih (RM3.50)
  5. Pokok kesidang (RM5)
  6. Pokok bunga raya pink (RM5)
  7. Tanah campur (RM10)
Aku actually first time dengar pasal pokok kesidang ni. Tadi aku tanya akak tu, bunga apa lagi yang wangi selain melur. Dia tanya kesidang. Tuh yang aku beli tu. hahha.

Harap2 lah semua pokok2 yang aku beli ni boleh hidup dengan subur dan mencantikkan halaman rumah mak ayah aku ni. Hehe.

Oh and 1 more thing, tadi aku kena saman kat tabung haji sebab tak letak sticker parking. Wah first time ni kena saman. Boleh la kot nak abadikan dalam blog. Haha. Kalau aku boleh bayar within 3 days, aku juz kena bayar RM10 je instead of RM30. Jumaat pagi nanti baru boleh pergi bayar. Moga2 dipermudahkan untuk dapat parking kat depan dewan hamzah tu nanti dan juga masa proses pembayaran.

No comments:

Post a Comment